Suami jalani pembedahan hernia (Angin Pasang)

SUAMI saya menghidap angin pasang atau hernia dalam kebelakangan ini dan akan menjalani pembedahan dalam waktu terdekat ini.

Namun suami dan saya risau mengenai beberapa perkara, antaranya masalah hubungan seks selepas pembedahan. Ada rakan memberitahu, penyakit ini akan berulang jika hubungan seks dilakukan dalam waktu terdekat antara satu atau dua bulan selepas pembedahan. Adakah ia benar?

NAFISAH
Kedah Hernia atau angin pasang ialah pembukaan atau kelemahan struktur otot perut yang membuatkan bahagian itu terjojol. Ia kelihatan apabila otot perut tegang dan membuatkan berlaku tekanan dalam perut meningkat.


Aktiviti yang membuatkan perkara itu berlaku dan yang boleh memberatkan lagi angin pasang itu ialah seperti mengangkat sesuatu, batuk atau meneran ketika buang air besar dan persetubuhan dengan mengemut otot! Jika anda mahu tahu apa yang dimaksudkan hernia, anda boleh bayangkan balang yang ada lubang, jika belon ditiup dalam balang itu, sebahagian belon itu terjojol keluar dari balang melalui lubang kecil itu, seperti tisu dalam perut yang terjojol keluar melalui hernia! Komplikasi yang serius berlaku apabila tisu yang termasuk dalam hernia itu terperangkap. Dalam keadaan begini bekalan darah kepada tisu itu akan terkandas dan boleh menyebabkan tisu itu rosak atau menjadi bangkai! Cara perawatan dalam keadaan ketara ini membabitkan pembedahan.


Angin pasangan biasa berlaku di bahagian bawah perut atau paras atas tundun atau ‘groin’ dan perkara ini disebabkan kelemahan yang biasa berlaku di bahagian itu! Yang mana otot di bahagian itu kerap tidak tutup rapat dan dengan keadaan rangka tubuh badan yang sentiasa tegak menyebabkan banyak tekanan di bahagian itu.


Jika wujud sedikit kelemahan atau permulaan untuk menjadi hernia, sudah tentu faktor itu akan memudahkan lagi kejadian hernia itu atau membuatkan hernia yang dipulihkan itu menjadi kembali! Ada beberapa jenis hernia yang boleh berlaku di bahagian atas tundun dan ia boleh berlaku secara langsung (direct hernia) atau tidak langsung (indirect hernia) dan hernia di bahagian kelangkang atau ‘femoral hernia’.


Jarang sekali wujud hernia di atas pusat atau ‘ventral hernia’ atau hernia pusat atau ‘umblical hernia’. Simptom hernia ialah benjolan yang kelihatan di bahagian yang biasa berlaku hernia di tempat yang dinyatakan tadi.


Mengenai hubungan seksual, tiada halangan jika dilakukan secara sederhana dan dalam suami mengikut posisi di bawah dan anda di atas. Posisi ini tidak memberi tekanan tarikan bumi.


Jangan pula kerana dengarkan desas-desus membuatkan anda tidak mahu meneruskan pembedahan pemulihan.

2 comments:

berapa kos rawatan pembedahan di hospital malaysia? 0193834839

Berapa kos rawatan angin pasang di KPJ tawakkal untukbumur pesakit 49 tahun