Cecair putih tanpa henti

SAYA mengalami masalah cecair putih seperti air mazi yang keluar daripada hujung zakar.

Walaupun dalam kuantiti sedikit, ia keluar secara terus menerus. Pada hujung kepala zakar juga berasa gatal. Adakah ini disebabkan jangkitan kuman? Apakah cara untuk menyelesaikannya? IMI
Bukit Beruntung, Selangor
Salur kencing lelaki mengandungi lapisan mukosa yang mengandungi banyak pepundi kecil (pepundi littres) yang menghasilkan cecair putih jernih yang membuatkan salur itu sentiasa lembap.


Ini memudahkan air kencing keluar dengan lancar dan juga untuk kelancaran ejakulasi.


Dalam keadaan separa ereksi, darah akan masuk dengan banyak dalam lapisan mukosa dan membuatkan mukosa itu aktif menghasilkan lelehan jernih.


Apabila zakar mengendur atau mengecil, lebihan cecair akan kelihatan di penghujung zakar.


Ini yang dikatakan air mazi. Ia najis dan boleh membatalkan air sembahyang. Dalam keadaan teruja, cecair itu akan dihasilkan dengan banyak dan kadangkala ia boleh mengganggu hubungan kelamin apabila lelaki berasa kurang selesa dan hilang tumpuan untuk bersetubuh.


Keadaan ini dikenali sebagai ‘dhant’ di Pakistan dan Afghanistan. Lelaki negara itu menganggapkan fenomena ini sebagai sesuatu masalah kesihatan yang mengancam syahwat mereka! Sebenarnya, ia hanya lelehan air mazi yang berlebihan dan keadaan ini di kalangan lelaki Melayu dikenali sebagai ‘resdung zakar’.


Keadaan ini tiada rawatan dan cecair yang keluar itu boleh digunakan sebagai pelicin ketika nak bersetubuh dengan pasangan! Di sebalik fenomena semula jadi itu, wujud keadaan yang mana lelehan jernih dari salur kencing ini terjadi akibat kesan jangkitan kuman dan kuman virus akibat hubungan seksual rambang, sama ada melalui persetubuhan atau melalui seks oral tanpa penggunaan alat pencegah (kondom).


Jika anda memang ada melakukan seks rambang dengan sesiapa dan mengalami masalah ini, kemungkinan besar anda menghidap jangkitan penyakit kelamin dari kuman gonorrhea atau kuman virus chlamydia.


Anda perlu jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan ujian darah atau ujian pemeriksaan cecair untuk mengesan kuman atau kuman virus itu kerana rawatan untuk jangkitan itu tidak sama.

Ketulan putih di puting payudara

SAYA berumur 24 tahun dan baru mendirikan rumah tangga pada April 2009.

Soalan

SAYA berumur 24 tahun dan baru mendirikan rumah tangga pada April 2009.


Saya agak risau dengan keadaan payudara kiri saya yang putingnya tidak timbul, sama ada ketika bersama suami atau tidak.


Puting kanan payudara saya tiada masalah. Baru-baru ini, puting payudara kiri saya ada semacam ketulan putih kecil sebesar jerawat nasi tapi bukan nanah. Ada kalanya, ia berbau.


Apakah masalah pada puting payudara itu? Mungkinkah ia petunjuk masalah kesihatan lain?

INA,
Kuala Lumpur


Jawapan KEADAAN ini dinamakan inverted nipple. Ini tidak bermakna anda tidak mempunyai puting payudara tetapi ia tidak timbul, malah boleh termasuk ke dalam.


Kawasan kulit berhampirannya pula boleh menyebabkan pengumpulan kotoran atau peluh sehingga mengeluarkan bintil putih seperti yang anda alami.


Puting payudara yang termasuk ke dalam mungkin boleh dibetulkan, namun ia memerlukan kesungguhan dan kesabaran kerana ia memakan masa yang lama.


Anda boleh memulakannya dari sekarang secara meletakkan jari telunjuk dan ibu jari pada dasar kawasan perang sekitarnya (areolar), kemudian menekannya ke dalam dan ke luar seolah-olah mengembangkan kawasan terbabit.


Pada masa sama, jari telunjuk dan ibu jari tangan sebelah lagi bolehlah cuba menarik keluar puting terbabit.


Lakukan sekerap mungkin, mana tahu, ia mungkin berjaya keluar kelak.


Anda juga harus faham bahawa setelah keluar kelak, ia mungkin boleh termasuk kembali dan anda boleh memulakan kembali teknik di atas.


Pada masa sama, anda mungkin perlu meluangkan masa untuk meneliti kawasan tengah areolar itu supaya ia dibiarkan kering.


Inverted nipple tidak bermakna seseorang tidak boleh menyusukan bayinya kelak, penyusuan badan cuma memerlukan teknik yang betul.


Inverted nipple juga lazimnya tidak berkaitan masalah serius jika ia sudah dialami sejak kanakkanak lagi seperti anda.


Jika ia baru saja dialami, kemungkinan penyakit bahaya perlu diteliti.

Jerawat tumbuh di kemaluan wanita hamil 7 bulan

Soalan



SAYA berusia 29 tahun dan sudah berkahwin. Kini saya hamil tujuh bulan anak sulung.

Masalahnya, saya mengalami ketumbuhan jerawat yang banyak di kemaluan saya. Jerawat ini membengkak dan menghasilkan nanah. Kadangkala ia menimbulkan kesakitan pada saya.

Apakah punca ketumbuhan jerawat dan cara untuk merawatinya?

Saya bimbang jerawat ini mendatangkan mudarat kepada saya sebab ia tumbuh agak banyak. Apakah saranan doktor untuk saya menangani masalah ini?

FUZA,
Kuala Lumpur

Jawapan


JERAWAT bernanah lazimnya disebabkan oleh jangkitan kuman pada liang yang tersumbat oleh kotoran.

Eloklah doktor memeriksa anda terlebih dulu dan memastikan ia benar-benar jerawat ataupun masalah lain. Lebih penting, mendapatkan rawatan bersesuaian dan pada masa sama, mencari punca ia kerap terjadi dan banyak.

Jika ia (jerawat ataupun kuman saja) berada berhampiran bukaan faraj ataupun berada di dalam faraj, tidak mustahil ia boleh menjangkiti bayi anda sewaktu dilahirkan kelak.

Suami jalani pembedahan hernia (Angin Pasang)

SUAMI saya menghidap angin pasang atau hernia dalam kebelakangan ini dan akan menjalani pembedahan dalam waktu terdekat ini.

Namun suami dan saya risau mengenai beberapa perkara, antaranya masalah hubungan seks selepas pembedahan. Ada rakan memberitahu, penyakit ini akan berulang jika hubungan seks dilakukan dalam waktu terdekat antara satu atau dua bulan selepas pembedahan. Adakah ia benar?

NAFISAH
Kedah Hernia atau angin pasang ialah pembukaan atau kelemahan struktur otot perut yang membuatkan bahagian itu terjojol. Ia kelihatan apabila otot perut tegang dan membuatkan berlaku tekanan dalam perut meningkat.


Aktiviti yang membuatkan perkara itu berlaku dan yang boleh memberatkan lagi angin pasang itu ialah seperti mengangkat sesuatu, batuk atau meneran ketika buang air besar dan persetubuhan dengan mengemut otot! Jika anda mahu tahu apa yang dimaksudkan hernia, anda boleh bayangkan balang yang ada lubang, jika belon ditiup dalam balang itu, sebahagian belon itu terjojol keluar dari balang melalui lubang kecil itu, seperti tisu dalam perut yang terjojol keluar melalui hernia! Komplikasi yang serius berlaku apabila tisu yang termasuk dalam hernia itu terperangkap. Dalam keadaan begini bekalan darah kepada tisu itu akan terkandas dan boleh menyebabkan tisu itu rosak atau menjadi bangkai! Cara perawatan dalam keadaan ketara ini membabitkan pembedahan.


Angin pasangan biasa berlaku di bahagian bawah perut atau paras atas tundun atau ‘groin’ dan perkara ini disebabkan kelemahan yang biasa berlaku di bahagian itu! Yang mana otot di bahagian itu kerap tidak tutup rapat dan dengan keadaan rangka tubuh badan yang sentiasa tegak menyebabkan banyak tekanan di bahagian itu.


Jika wujud sedikit kelemahan atau permulaan untuk menjadi hernia, sudah tentu faktor itu akan memudahkan lagi kejadian hernia itu atau membuatkan hernia yang dipulihkan itu menjadi kembali! Ada beberapa jenis hernia yang boleh berlaku di bahagian atas tundun dan ia boleh berlaku secara langsung (direct hernia) atau tidak langsung (indirect hernia) dan hernia di bahagian kelangkang atau ‘femoral hernia’.


Jarang sekali wujud hernia di atas pusat atau ‘ventral hernia’ atau hernia pusat atau ‘umblical hernia’. Simptom hernia ialah benjolan yang kelihatan di bahagian yang biasa berlaku hernia di tempat yang dinyatakan tadi.


Mengenai hubungan seksual, tiada halangan jika dilakukan secara sederhana dan dalam suami mengikut posisi di bawah dan anda di atas. Posisi ini tidak memberi tekanan tarikan bumi.


Jangan pula kerana dengarkan desas-desus membuatkan anda tidak mahu meneruskan pembedahan pemulihan.

Kemaluan gatal selepas suami kahwin lain

APAKAH cara untuk mengatasi rasa tidak selesa dan gatal pada faraj? Untuk pengetahuan puan, suami saya berkahwin lain dan sebelum ini saya tidak mengalami perkara ini.

APAKAH cara untuk mengatasi rasa tidak selesa dan gatal pada faraj? Untuk pengetahuan puan, suami saya berkahwin lain dan sebelum ini saya tidak mengalami perkara ini.


SOFIE,
Selangor
KEGATALAN pada farah boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, sama ada daripada permukaan kulit anda sendiri atau suami, saluran dubur anda atau suami, pundi kencing atau jangkitan kuman penyakit seksual. Anda bolehlah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor anda. Apa yang lebih penting adalah untuk anda dan isteri atau pasangan seksual suami anda menjalani ujian pap smear secara berkala.

Alami jangkitan alat kemaluan

BARU-BARU ini saya mengalami jangkitan. Mungkin melalui hubungan seks bersama isteri saya. Ada beberapa tanda, pertama ada ulser pada kemaluan saya dan ada bengkak pada celah kangkang.

Saya sudah ke klinik untuk mendapatkan rawatan tetapi diberi tempoh seminggu, jika tidak pulih, saya perlu ke klinik semula bagi mendapatkan rawatan lanjut.


Apa masalah yang saya hadapi sebenarnya? Mohon doktor jelaskan?

HAKIM
Cheras Jangkitan yang didapati daripada hubungan kelamin ialah jangkitan penyakit kelamin. Ia kerap berlaku apabila individu yang sihat itu melakukan hubungan intim dengan individu yang membawa penyakit.


Individu itu boleh jadi pasangan hidup dan tidak semestinya pelacur atau sesiapa yang tidak dikenali atau kawan rambang.


Jangkitan itu boleh dijangkiti melalui hubungan seksual penetratif atau melalui seks oral atau melalui seks anal dan jarang sekali berlaku melalui ciuman basah.


Jika wujud sesuatu gejala, seharusnya pemeriksaan perlu dilakukan oleh doktor untuk mengenal pasti jenis jangkitan supaya rawatan sewajarnya dapat diberi.


Kudis atau ulser yang berlaku di bahagian penghujung zakar itu mungkin gejala jangkitan kelamin. Daripada corak dan keadaan kudis itu, doktor dapat menentukan jangkitan seperti kudis yang tidak sakit itu jenis kudis akibat serangan kuman siflis, walhal kudis yang kelihatan kecil dan bermula dengan gelembung yang pecah itu ialah kayap atau herpis.


Jarang kudis itu terhasil daripada kecederaan anggota akibat terluka ketika bersetubuh dengan cara ‘ganas’ atau hasil kecederaan ketika ereksi iaitu seks oral (terkena gigi yang tajam dan terdedah dengan kuman dalam mulut).


Bagaimanapun, kedua-dua pihak perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan itu.


Memang sukar untuk mengetahui jenis jangkitan yang anda alami, kecuali melalui ujian darah. Jadi saya harap anda bersabar.


Mungkin jangkitan yang anda alami itu bukan jangkitan penyakit kelamin, mungkin gejala penyakit lain.

Ngilu ketika bersama suami

SAYA baru melahirkan anak pertama yang kini usianya tiga bulan. Saya berasa takut setiap malam kerana sering merasa ngilu dan pedih pada bekas jahitan di faraj ketika hendak bersetubuh dengan suami.


Setiap kali kami bersama, zakar suami saya tidak dapat memasuki faraj kerana saya merasakan laluan faraj saya menjadi sempit dan pedih.


Mengapa ia berlaku? Sebelum ini, saya pernah mendengar bahawa selepas bersalin, lubang faraj menjadi lebih luas tetapi berlaku sebaliknya pada saya. Apa saranan doktor untuk menangani masalah ini?
IBU MUDA, Shah Alam
ELOKLAH anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan dalaman ke atas luka bersalin pada faraj anda. Selepas bersalin, lubang bukaan faraj boleh menjadi lebih luas kerana sisa selaput dara semakin tinggal sedikit saja. Bukaan faraj juga boleh menjadi lebih luas jika koyakan dinding faraj sewaktu bersalin tidak bercantum elok. Sebaliknya, bukaan lubang faraj boleh menjadi lebih sempit jika cantuman tidak sempurna, ini boleh dibetulkan dengan pembedahan kecil.

Hilang 500 kalori

BENARKAH setiap kali mengadakan hubungan seks, kita kehilangan 500 kalori, iaitu sama seperti berjoging?

Diharap doktor dapat memberi penjelasan.


IZHAM
Ipoh, Perak

Hubungan keintiman seksual boleh diibaratkan satu senaman menyeluruh, yang mana semua otot badan dalam keadaan aktif serta perubahan yang berlaku kepada metabolisma badan yang meningkat ketika hubungan seksual lancar, selain peningkatan tekanan darah dan degupan jantung ke tahap cemerlang.


Ia juga meningkatkan pernafasan dan aktiviti otot pernafasan yang cergas serta pengeluaran hormon Oxytocin dan Beta-Endorfin yang menyegar dan merangsang syahwat.


Jadi tidak salah jika aktiviti itu dikatakan memerlukan penggunaan tenaga yang banyak, seakan-akan menggunakan tenaga untuk ‘lari pecut 100 meter’ yang mana 200-500 kalori digunakan.


Tidak salah juga jika dikatakan aktiviti hubungan seksual sungguh menyegarkan badan dan kesihatan jika kerap dilakukan.


Malah, kajian yang pernah dijalankan di Australia menunjukkan hubungan seksual mengurangkan kemungkinan mati cepat (sudden death), mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pasangan dan meningkatkan jangka hayat pasangan jika tahap kesihatan mereka mengizinkan.


Jadi kepada pasangan yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat, tidak bersenam, obes dan kerap mengalami tekanan, hubungan seksual menjadi bebanan dan mereka akan mencari alasan untuk tidak melakukannya.


Jadi untuk yang merasa letih dan lesu selepas bersama, pastikan anda amalkan gaya hidup sihat, lakukan senaman berkala dan jaga berat badan.


Insya-Allah, hubungan keintiman seksual anda akan berkekalan sepanjang hayat.

Isteri dalam pantang sakit punggung

Soalan
ISTERI saya baru saja melahirkan anak secara normal dan masih lagi dalam berpantang kira-kira 25 hari.

Masalahnya, isteri saya merasa sakit di sekitar punggung dan tidak selesa sehingga tidak boleh duduk. Pada pandangan doktor, apakah sebenarnya yang dialami oleh isteri saya dan bagaimana untuk mengatasinya?

ZUL
Kuala Lumpur

Jawapan
ANDA dinasihatkan membawa isteri untuk pemeriksaan doktor. Ini bagi memastikan tiada kemungkinan seperti bengkak akibat pengumpulan darah beku (hematoma) di bahagian faraj dan seumpamanya.

Walaupun masih dalam tempoh berpantang, lazimnya ibu baru bersalin tiada masalah pergerakan dan duduk selepas seminggu bersalin.

Keinginan terhalang

SAYA berumur 55 tahun. Isteri pula berumur 51 tahun dan sudah menopaus. Sesekali dalam setahun rasa ingin mengadakan hubungan kelamin, tetapi kemaluan isteri saya kering. Apabila melakukan hubungan, ereksi tidak dapat memasukkan disebabkan kemaluannya sakit dan ketat.

Adakah apa-apa ubat atau (krim pelincir) yang membolehkan alat kelamin isteri saya menjadi basah, seterusnya dapat ‘bersama’ tanpa berasa sakit?

MAHU TAHU
Shah Alam, Selangor

Hubungan keintiman seksual tiada had umur kerana naluri, nafsu dan syahwat kekal sehingga ke liang lahad. Bagi wanita dan lelaki veteran yang masih ingin melakukan hubungan penetratif seksual, mereka perlu bersedia.


Ada beberapa cabaran yang sebahagiannya ialah anggota sulit isteri yang kering, kesat, pembukaan faraj yang sempit dan mengecut, manakala anggota sulit suami yang tidak dapat erek lama dan kurang kepadatannya.


Anggota sulit wanita yang masih ada kemampuan mendapat zuriat berada dalam keadaan gebu, lembut dan mudah meluas. Ini kerana kesan dan pengaruh hormon kewanitaan estrogen kepada kulit dan otot lantai pelvis.


Apabila wanita itu putus haid, dalam masa lima tahun kulit menjadi kesat dan faraj menjadi sempit jika persetubuhan penetratif jarang atau tidak dilakukan.


Cara untuk menjaga anggota itu supaya sentiasa lembut dan tidak sempit ialah menyapu gel pelembap atau perapi anggota sulit perempuan berbentuk krim kepada bahagian luar iaitu di bibir besar dan kecil.


Kadangkala wanita boleh gunakan batang plastik yang dikenali sebagai alat pelega atau ‘dilator’ untuk melegakan pembukaan faraj supaya sentiasa dalam keadaan bersedia bagi memudahkan suami menyalurkan ereksinya ke dalam tanpa wanita veteran itu terasa sakit.


Ini satu pendekatan untuk mengelakkan faraj daripada menjadi tidak berguna.


Lelaki yang mengalami lemah tenaga batin iaitu gagal mencapai ereksi yang sesuai untuk melakukan hubungan penetratif boleh jumpa doktor untuk rawatan moden. Jangan membazirkan duit berjumpa tukang urut kerana perbuatan itu sia-sia saja.


Jangan makan ubat kuat yang dijual di pasaran kerana kebanyakannya ada campuran ubat beracun dan boleh memudaratkan kesihatan. Jumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.

Sakit tulang pinggul selepas bersalin

SAYA bersalin pada 16 Ogos tahun lalu secara normal. Bayi perempuan saya beratnya 3.84 kilogram.

Tinggi badan saya kira-kira 148 sentimeter. Masalahnya sekarang, saya masih terasa sakit pada bahagian tulang pinggul walaupun sudah enam bulan melahirkan anak. Saya terasa sakit setiap kali hendak berjalan dan membongkok. Hendak mengangkat bayi saya pun menjadi kesukaran.


Saya dinasihatkan untuk menjalani ujian sinaran-x pada tulang pinggul tetapi tidak dapat mengesan apa-apa. Saya juga pernah melakukan imbasan MRI dan tiada kecederaan dikesan. Doktor menasihatkan saya membuat senaman tetapi saya rasa sakit hingga sekarang. Adakah kerana bayi terlalu besar boleh menyebabkan tulang pinggul saya sakit? Apakah nasihat doktor?

YUS,
Kuala Lumpur.

BAGI ketinggian seperti anda, berat anak yang dilahirkan seperti bayi anda lazimnya melalui proses bersalin yang panjang dan sukar. Ini kerana ketinggian yang kurang mencukupi (di bawah 150 sentimeter atau lima kaki) sering dikaitkan dengan saiz ruang pelvis yang juga kecil sehingga menyukarkan posisi kepala bayi dan 'perjalanannya' sewaktu dilahirkan.


Anda boleh mendapatkan laporan lanjut daripada doktor yang menyambut kelahiran dulu. Kemungkinan trauma otot lantai pelvis yang juga mengandungi urat darah dan saraf berlaku sewaktu kelahiran dulu. Ini sukar dikesan sekarang. Diatesis sendi tulang pinggul boleh berlaku dari waktu kehamilan dulu lagi bagi menampung saiz janin dikandung, sehingga menyebabkan susunannya tidak lagi selari dan memberi kesan kepada otot berhampiran. Apabila berjalan (otot digunakan), kedudukan sendi yang 'lari' ini boleh menyebabkan kesakitan. Pemeriksaan doktor pakar ortopedik atau pakar sakit puan boleh membantu mengesannya.

'Biji angin' pada alat sulit

SAYA mengalami masalah di bahagian alat sulit saya iaitu timbul biji yang sakit apabila disentuh. Ia juga pedih setiap masa kerana biji itu betul-betul timbul di kemaluan saya secara tiba-tiba.

Ibu saya berkata itu adalah biji angin. Katanya, ia akan hilang sendiri. Saya bimbang sama ada ia boleh mengganggu kesihatan. Apakah saranan doktor?

IZA,
Johor Bahru, Johor.

ANDA tidak menyatakan lokasi terperinci biji terbabit. Seeloknya, anda menjalani pemeriksaan doktor kerana biji pada kawasan kemaluan boleh disebabkan oleh beberapa perkara, sama ada akibat laluan kelenjar tersumbat, ketumbuhan (yang lazimnya benign), jangkitan kuman dan seumpamanya.


Saya belum pernah mendengar istilah biji angin. Lazimnya biji mengandungi cecair, darah, nanah, ketulan lemak atau daging.

Ragu-ragu jalani ujian

SAYA dan suami merancang mendapatkan anak kedua. Namun selepas tujuh bulan mencuba, tiada tanda positif saya hamil.

Saya ingin mencadangkan suami melakukan ujian air mani, tetapi dia ragu-ragu. Bagaimanakah prosedur ujian air mani dilakukan dan di manakah tempat sesuai untuk menjalani ujian itu?

MAI
Bentong, Pahang

Setiap pasangan yang pernah mendapat cahaya mata dan merancang tambah bilangan anak tetapi tiada apa-apa perkembangan positif dalam tempoh setahun perlu menjalani pemeriksaan kesuburan.


Bagi suami, pemeriksaan fizikal dan buah zakar serta ujian air mani dilakukan manakala bagi si isteri, pemeriksaan kepastian kemampuan menghasilkan telur dan ujian X-ray salur reproduksi iaitu rahim dan salur telur untuk menentukan sama ada wujud sebarang masalah atau sebaliknya.


Jika semua ujian normal, mungkin mereka berdua boleh mencuba kaedah Teknologi Bantuan Konsepsi seperti penyemaian benih suami dalam rahim atau IUI. Jika masih tiada apa-apa hasil, cuba kaedah bayi tabung uji atau IVF.


Tiada jaminan kehamilan akan berlaku kerana itu kuasa Tuhan. Yang mustahak ialah pasangan itu berusaha dan bukan sekadar mendiamkan diri atau tidak mahu buat apa-apa kerana ego.


Ujian air mani perlu dilakukan di makmal dan atas rujukan doktor. Jadi, suami perlu jumpa doktor terlebih dulu dan mendapatkan borang melakukan ujian air mani di makmal yang disyorkan doktor. Puan juga perlu menjalani pemeriksaan seperti saya senaraikan di atas.


Kadar kehamilan untuk wanita menurun sebanyak 80 peratus selepas umur 40 tahun. Lelaki berumur lebih 40 tahun pula banyak menghasilkan sperma yang kurang aktif dan berbentuk tidak normal.

Kitaran haid tidak menentu

SAYA berusia 15 tahun dan tidak pernah melakukan hubungan seks. Saya berbadan gempal dan masalahnya, haid saya tidak menentu.

Saya mula datang haid pada umur 13 tahun dan haid saya ada kalanya datang dua bulan sekali. Kali terakhir saya didatangi haid pada Oktober tahun lalu.


Untuk pengetahuan puan, saya mempunyai masalah peribadi dan ia membuatkan saya tertekan. Adakah masalah tekanan dan tubuh yang gempal menjadi punca masalah haid saya ini? Apakah yang harus saya lakukan?

NUR,
Masai, Johor.

STRES atau tekanan, kegemukan (lebih-lebih lagi jika mencapai tahap obes iaitu BMI 30kgm2 ke atas), penyakit tertentu seperti tiroid, PCOS dan seumpamanya boleh menyebabkan gangguan haid.


Anda boleh mendapatkan bantuan doktor (sama ada pakar sakit puan atau pakar perubatan endokrinologi) untuk mengenal pasti faktor yang menyebabkan gangguan haid anda itu. Buat sementara waktu, ubat mengandungi hormon progestin dan seumpamanya mungkin akan diberikan. Bukan mudah untuk mencapai berat badan ideal jika tiada kesungguhan dalam mengawal pengambilan makanan dan menjalani senaman fizikal secara rutin.


Setiap orang juga mempunyai tekanan dalam fasa hidup mereka. Lazimnya respons negatif tubuh terhadap tekanan ini tidak bertahan lama, bergantung kepada sikap atau tindak balas kita menanganinya. Kadangkala kita mungkin memerlukan bantuan tambahan sama ada daripada buku keagamaan dan motivasi, rakan, keluarga atau ahli profesional. Membiarkan sesuatu masalah menghantui diri kita hanya akan memberi lebih tekanan dan kesan negatif saja.

Derita terpedaya

KEBELAKANGAN ini kita sering membaca laporan akhbar dan dakwaan individu yang tampil sebagai ‘pakar kesihatan lelaki’.

Mereka yang tidak bertauliah ini mendakwa menghasilkan pelbagai pendekatan dan teknik yang tidak pernah diuji, kononnya dapat membantu lelaki tanpa menjalani pemeriksaan betul.


Peliknya pula, ramai lelaki sangat mempercayainya dan mendapatkan ‘rawatan’ daripada ‘pakar’ terbabit tetapi akhirnya terpaksa menanggung derita akibat amalan dan penggunaan produk tanpa preskripsi serta tidak tentu keberkesanannya.


‘Doktor’ karut ini juga mempunyai laman web yang mempamerkan barangan mereka dengan memasukkan maklumat dan nota yang diceduk daripada laman web profesional untuk menipu pelanggan.


Jadi tidak hairan jika produk yang bukan-bukan seperti minyak lintah, krim lintah, pam vakum dan segala cincin penambat zakar pelbagai bentuk dan nama diketengahkan sebagai produk profesional.


Malangnya, semua produk ini tidak pernah dikaji atau diuji secara klinikal sebelum dijual. Ada juga sebilangan pengeluar produk tanpa ujian ini mengiklankan produk mereka di televisyen (TV).


Saya beri penjelasan yang panjang lebar ini kerana seorang pembaca mengadu ada masalah mempunyai tiga buah zakar iaitu dua bercantum sebelah kanan dan sebiji sebelah kiri dengan semuanya sama saiz.


Dia juga mengalami masalah zakar tertarik ke dalam dan cuba menggunakan sensa pump, tetapi gagal. Saya percaya dia kena tipu kerana membeli pam untuk menyelesaikan masalahnya.


Apa tujuan dia membeli pam juga tidak jelas. Pam vakum hanya untuk lelaki yang mengalami masalah disfungsi erektil atau mati pucuk, bukan untuk membesarkan zakar atau untuk senaman zakar.


Kegunaan pam vakum satu ketika dulu ialah untuk lelaki yang mengalami mati pucuk, tetapi kini ada banyak opsyen lain yang lebih sesuai seperti ubat PDE5-Inhibitor antaranya Viagra, Cialis dan Levitra.


Pam vakum hanya digunakan apabila tiada opsyen lain. Jadi waktu hendak bersama, baru pam vakum digunakan untuk menyedut darah ke dalam liang otot zakar dan apabila ereksi berlaku, getah penambat dilepaskan ke pangkal zakar supaya ereksi kekal dan lelaki itu boleh melakukan seks penetratif dengan pasangan.

Penambatan zakar tidak boleh melebihi setengah jam, jika lebih, zakar jadi sejuk dan lebam. Malah jika tekanan pam dilakukan secara kuat, kulit zakar boleh gelembung.


Lelaki yang kerap menggunakan pam vakum untuk ‘senaman’ akan dapati kulit zakar gelebeh dan berwarna gelap dan zakar akan kelihatan kendur.


Sebenarnya pam vakum ini banyak disalahgunakan, terutama untuk tujuan membesarkan anggota sulit. Malangnya, alat ini tidak membesarkan anggota sulit lelaki dan ia perbuatan sia-sia yang boleh merosakkan zakar.


Banyak lelaki sedar yang mereka hanya ada sepasang buah zakar dalam kerandut. Ada juga sebilangan kecil lelaki yang hanya mempunyai satu buah zakar dalam kerandut dan paling jarang sekali, tiada buah zakar.


Buah zakar mereka sebenarnya tersangkut dalam perut pada peringkat kanak-kanak lagi. Sepatutnya buah zakar itu diturunkan ke dalam kerandut buah zakar dari peringkat kanak-kanak lagi.


Namun dalam kes pembaca itu, dia ada ‘tiga’ buah zakar. Sebenarnya jika anda rasa buah zakar anda melalui pemeriksaan kendiri buah zakar, anda akan dapati pundi epididimis di sebelah buah zakar. Ia lembut dan ada terasa macam ketulan di bahagian bawah.


Ini normal, jarang kali ada cista di pundi epididimis. Cista atau ketumbuhan salur dalam pundi epididimis ini boleh membesar sehingga ia boleh terasa macam ‘buah zakar’.


Cista ini boleh berlaku akibat keradangan salur dalam pundi epididimis dan kekal untuk seketika. Jarang kali ia ketumbuhan barah.


Jadi untuk semua lelaki, mustahak untuk melakukan pemeriksaan kendiri buah zakar dari semasa ke semasa untuk mengesan perubahan yang boleh berlaku pada buah zakar.


Jika was-was, mustahak untuk merujuk kepada doktor dan bukan tukang urut. Salah urut, anda boleh jadi mandul. Jika barah, lagi serius!

10 tahun senggugut

SETIAP kali saya datang haid, saya selalu sakit. Saya sudah banyak berubat dan makan ubat tetapi masalah tetap sama.

Apabila ke hospital, doktor hanya memberikan ubat tahan sakit yang bertahan untuk sementara. Selepas tiga jam, sakit datang semula. Saya mengalami masalah ini hampir 10 tahun dan kini umur saya 29 tahun. Ketika tinggal di Sarawak dulu, saya pernah berjumpa doktor pakar tetapi masalah tidak reda. Apakah yang sebenarnya saya alami dan apa yang harus saya lakukan kini?

ROSMINI,
Segamat, Johor.

ANDA dinasihatkan berjumpa doktor pakar sakit puan sekali lagi. Senggugut boleh disebabkan oleh penyakit seperti endometriosis dan seumpamanya.


Pemeriksaan doktor dapat mengenal pasti sekiranya terdapat cyst pada ovari. Melalui ciri cyst terbabit, kemungkinan jenis cyst atau penyakit dapat diketahui. Contohnya, cyst endometriosis (yang lebih lazim disebut endometrioma atau cyst coklat) mempunyai selaput dinding yang tebal serta kandungan bersifat homogenous. Dalam keadaan lain, diagnosis penyakit sukar dipastikan, mungkin telahan dapat dibuat sekiranya kedudukan rahim serta kedua-dua ovari anda tidak pada lokasi sepatutnya, ia juga dapat dibantu dengan ujian darah tertentu (contohnya Ca125). Dengan tempoh senggugut yang sudah bertahun lamanya, anda kini mungkin ingin memilih penyiasatan lanjut secara pembedahan teropong (laparoskopi diagnostik) bagi membolehkan doktor melihat secara langsung ke dalam ruang pelvis anda.


Bukan itu saja, sekiranya terdapat penyakit, doktor dapat membuang atau membersihkannya pada masa yang sama.

Tujuan mengurut zakar

Terdapat beberapa pendekatan serta tujuan mengurut zakar :
  • bagi mengubati tanda-tanda awal penyakit mati pucuk dan lemah tenaga batin
  • untuk mengatasi masalah pancutan awal atau ejakulasi pramatang
  • tujuan membesarkan dan memanjangkan zakar. Menurut ilmu tabib Cina, zakar boleh ditambah saiz sehingga 1 hingga 2 inci. Namun rawatan urut Melayu dan kitab-kitab Arab mencatat bahawa saiz boleh ditambah sehingga 4 inci. Malahan ahli Yoga India ada yang mampu memanjangkan zakar sehingga 14-inci !
  • bagi meningkatkan keampuhan dan keupayaan zakar - supaya zakar menegak lebih tegar dan galak, condong ke atas dan timbul urat-urat zakar serta kepala zakar kembang dengan garang seperti singa apabila menghadapi isteri ketika perstubuhan
  • mengurut zakar untuk meredakan gejolak nafsu - terutama kepada lelaki bujang atau suami yang berjauhan dari isteri [ tanpa menumpahkan air mani ] serta mengelak dari maksiat zina
  • sebagai latihan untuk menghadapi situasi sebenar persetubuhan. Urut zakar dengan latihan pernafasan tertentu boleh membantu suami mengawal kepala zakar untuk mengembang dan menguncup untuk kepuasan jimak pihak isteri. Sekaligus amalan urut ini berfungsi membantu ketahanan suami dalam senggama dan jimak

Mengurut Zakar Melalui Persetubuhan

Zakar adalah anggota tubuh yang sukar dikawal oleh minda. Adalah sukar bagi lelaki normal untuk memerintahkan zakarnya menegang mengikut sesuka hati. Ereksi atau ketegangan zakar antara lain digerakkan oleh deria penglihatan, sentuhan dan bau yang menghantar mesej ke otak untuk merembes hormon jantan dan seterusnya menggera zakar untuk tegak kerana terangsang atau berahi apabila bersama perempuan

Oleh kerana saiz, tahap kekerasan dan bentuk zakar merupakan faktor-faktor bagi memudahkan isteri mencapai klimaks dan inzal, maka disebutkan bahawa teknik mengurut zakar pada liang faraj isteri adalah satu latihan yang perlu dipelajari oleh suami.

Salah satu cara bagi memuaskan isteri ialah dengan membuat faraj isteri dapat merasakan zakar mengurut dan mengusap keseluruhan liang faraj atau vagina dalam setiap dayungan. Ini akan hanya dapat dilakukan apabila suami dapat mengawal kepala zakarnya agar boleh kembang dan kuncup apabila dikehendaki. Tekniknya ialah seperti berikut :

  • dayungan masuk - kuncupkan kepala zakar apabila menusuk ke dalam faraj
  • dayungan keluar - kembangkan kepala zakar apabila menarik zakar dari faraj

Melalui cara yang disebutkan tadi, isteri akan merasa seluruh urat-urat di dalam farajnya dibelai dan diusap oleh zakar, dan ini akan memberi nikmat dan kelazatan seks yang tidak terhingga pada isteri.

Cara melatih zakar untuk responsif kembang-kuncup ialah melalui urutan dan perlu disertai dengan kaedah pernafasan tertentu. Ketika bangun pagi, semasa zakar masih tegang, ambil sedikit Minyak Pacak Istana dan gosokkan pada tapak tangan supaya panas. Tuam tapak tangan pada bahagian pinggang dan urut dari hala atas ke bawah.

Istibra' (Membersihkan sisa-sisa air kencing di dalam zakar)

Istibra' dilakukan dengan cara:

  • Mengusap dengan kuat antara lubang dubur dan zakar sebanyak tiga kali . Usapan hendaklah dilakukan sehala saja dari arah dubur ke telur zakar.
  • Meletakkan telunjuk di bawah batang zakar dan ibu jari di atas batang zakar dan lalu mengusapkannya dengan tekanan hingga ujung zakar sebanyak tiga kali
  • Menekan ujung zakar [kepala zakar] tiga kali. Dilakukan seperti memerah kepala zakar, untuk mengeluarkan sisa-sia air kencing.

Jika setelah istibra' keluar cairan yang meragukan apakah air kencing atau bukan maka dianggap suci dan tidak membatalkan wudhu tetapi jika tidak istibra', maka dihukumi najis dan membatalkan wudhu'. Antara manfaat amalan Istibra' ialah mencegah masalah Prostate dan masalah radang jangkitan pada saluran kencing.

feedback

Jika anda mempunyai soalan, cadangan, kritikan dan pendapat sila hantar melalui email di seksdankesihatan@yahoo.com atau komen di chatbox, kami akan memberi jawapan secepat mungkin.. TERMA KASIH..