Cara Mengatasi Masalah Keputihan Pada Faraj

Tips 1 Ambil beberapa keping daun sireh dan segenggam pinang kering yang dihiris nipis. Direbus bersama air sebanyak 1 litre sehingga mendidih. Biarkan sejuk, campurkan dengan sedikit air bersih buat basuhan pada bahagian sulit wanita tersebut, lakukan 3 kali sehari untuk beberapa hari atau sehingga masalah selesai.

Tips 2 Ambil madu lebah (asli sahaja) satu sudu makan campurkan dengan sedikit air bersih. Dengan menggunakan jari oleskan pada seluruh bahagian sulit wanita. Lakukan 2 kali sehari sehingga sembuh.

Tips 3 Rebus air lobak putih dan minum air rebusan ini setiap pagi sehingga keputihan beransur hilang.

Petua 4 Rendam lima tangkai bunga cempaka dalam air panas. Tutup dan biarkan semalaman. Minum airnya setiap hari pagi dan petang. Bunga itu boleh direndam berulang-ulang sehingga pahitnya hilang.

Tips 5 Rebus 10 biji manjakani 10 biji buah keras 10 helai daun sireh 2 biji limau nipis dan segenggam akar serapat dan kacip siti fatimah. Wapkan faraj anda dengan wap rebusan ramuan ini. Airnya yang telah suam atau sejuk pula digunakan untuk mencuci faraj anda ketika membuang air kecil.

3 comments:

TESTIMONIA HEBAT PUAN N... DARI MIRI SARAWAK BERKENAAN MASALAHNYA KEPUTIHAN YANG MEMBINGUNGKAN DAN MENGHANTUI EMOSINYA SELAMA INI...LUAHAN ISI HATINYA

Salam Ross,

Ya memang memalukan untuk mengaku ada penyakit ni ke seluruh dunia sebab boleh menimbulkan fitnah dan tohmahan yang pelbagai. Tapi setiap penyakit yang Allah berikan pada kita ada hikmahnya. Atas dasar tersebut dan disebabkan kesengsaraan yang boleh membuatkan pesakit ni sasau, maka saya buka pekung dan nak berkongsi masalah penyakit ni dan bagaimana cara atasinya, or at least to put it under control. Hanya orang yang pernah alami masalah ni tahu bagaimana sengsaranya melalui saat itu. saya pasti beribu jika tak berjuta wanita alami penyakit ni.

Candida / candidiasis adalah istilah perubatan atau Yeast Overgrowth dalam bahasa Inggeris; di kalangan masyarakat Melayu pula dipanggil Keputihan. Ia boleh menyerang mulut (oral) atau saluran Vagina / Faraj. Khusus tentang alat kelamin, penyakit ni bila menyerang, awalnya air atau discaj yang keluar jernih dan sedikit keputihan tapi gatal terutama sekitar labia. Masuk hari ketiga, ketulan kecil macam hampas atau doktor suka rujuk sebagai curdlike akan keluar.. waktu ni merenyam habis.. memang nak garu saje. rasa panas /pedih (inflammation) turut berlaku. Ianya jadi makin berketul kalau dibiarkan. Untuk kurangkan efek dengan segera, keluarkan keputihan dengan jari yang bersih dan berkuku pendek.

Saat ni pesakit dah resah gelisah. Biasanya perasaan dah tak menentu dan sukar berfikir dengan baik. Tahap kesabaran turut tercabar. Bagi ibu, selalunya anak-anak boleh jadi mangsa. At least itu yang saya alami. Kalau anak banyak songel, mudah aje saya menyinga. Lepas tu, menyesal. They are our beloved kids and innocent.

Turut terganggu adalah hubungan dengan suami terutama hubungan kelamin. Well, as Muslims, hubungan inilah yang membezakan berbanding waktu lain. You can't get it out of wedlock! Bila berlaku serangan fungus, kena elak seks buat sementara waktu... and it can take weeks! my self confidence especially towards hubby Declined.

Masalah candida mula saya alami waktu mengandung anak pertama (10 years ago) dan beberapa kali selepas tu. Tapi pulih selepas ambil antifungal daripada gynae. Namun, sejak 3 tahun kebelakangan ni, serangan tu masuk tahap kronik. Tahun 2010 ini sahaja, serangan berlaku setiap bulan, kekadang selang beberapa minggu aje! Saya dah capai tahap hampir berputus asa. Tahun lalu kami lakukan ujian darah kerana dah buntu tentang penyakit ni. Alhamdulillah tiada penyakit lain.

SAMBUNGAN : HTTP://ROSSSAFINAHOR.BLOGSPOT.COM