Cara Merawat Sengugut

Tips 1 Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Tips 2 Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Tips 3 Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Tips 4 Ambil sembilan biji pinang tua , dibakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan dengan secawan air suam dan minum. Amalkan petua ini sembilan hari berturut-turut dari hati mula kedatangan haid. Insyaallah, mujarab.

Tips 5 Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .

Tips 6 Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

0 comments: