Punca Kesakitan Pada Faraj Berlaku Semasa Melakukan Seks

Kesakitan boleh dikaitkan sama ada secara fizikal mahupun emosi. Wanita akan mengalami empat fasa semasa hubungan kelamin yang secara ringkasnya dinyatakan seperti di bawah:

  • Fasa keinginan nafsu berahi: Perasaan yang berkehendakkan kepada aktiviti hubungan kelamin.
  • Fasa kebangkitan nafsu berahi: Perubahan fizikal terjadi di mana faraj dan vulva menjadi lembap, otot-otot faraj menjadi bertambah longgar, klitoris mengembang serta membengkak, rahim meninggi dan faraj menjadi bertambah dalam serta panjang dan melebar. “Fasa kebangkitan ini penting untuk persediaan faraj semasa menerima alat sulit lelaki (penis),’’ kata Dr. Shah Reza.
  • Fasa puncak syahwat: Satu rangsangan kemuncak aktiviti. Otot-otot faraj dan vulva mengembang mengecut – menimbulkan keseronokan tidak terkira. Klitoris juga boleh menimbulkan rasa kemuncak
  • Fasa resolusi/ketetapan: Faraj, rahim serta klitoris kembali ke struktur asal.
  • Tambahnya, jika fasa-fasa di atas tidak berlaku, hubungan kelamin menjadi satu aktiviti yang menyakitkan, tidak memberangsangkan serta mendatangkan ketidakselesaan.